Rawatan resdung yang wajib anda tahu
Berikut merupakan 9 petua untuk menghilangkan hidung tersumbat akibat resdung yang mungkin anda terlepas pandang
Air Suam, Teh ‘O’ Panas. Minum air panas, air suam atau teh ‘O’ panas. Memang membantu untuk selesakan hidung anda. Untuk lebih menarik campurkan sedikit madu serta perahkan sedikit lemon.
Baring , Tinggikan Sedikit Kepala. Baring dalam posisi terlentang, tinggikan sedikit posisi kepala. Relak dan tenang.
Hembus hidung setiap 10 minit.
Penggemar Sushi. Gunakan Wasabi! Bagi penggemar makan jepun seperti sushi king, letakkan sedikit wasabi di setiap sushi yang ingin anda makan. Wasabi mampu untuk ‘clear’ hidung tersumbat dengan segera. Kalau tak minat makanan jepun, bolehlah makan makanan yang agak pedas seperti tomyam. Apa sahaja makanan yang pedas mampu memberikan kesan yang sama.
Gunakan Wap Air. Saya dapat banyak maklum balas mengatakan amat susah untuk hasilkan wap air di rumah. Leceh dan macam-macam alasan. Ok. Saya berikan caranya bagaimana nak hasilkan ‘stim’ hanya menggunakan heater shower di rumah.
Hidupkan shower pada ‘setting’ paling panas dan tutup pintu bilik air.
Tunggu dalam 5 ke 10 minit atau sehingga bilik air anda kelihatan berwap, duduk di dalam bilik air selama 15 minit dengan keadaan shower masih dialirkan.
Kemudian, setiap 5 minit anda boleh hembus hidung anda untuk singkirkan hingus.
Gunakan Garam Bukit. Gunakan sedikit garam bukit. Letakkan 2 ke 3 sudu garam bukit dan gaulkan dalam baldi yang berisi air panas. Boleh gunakan heater shower.
Tutupkan kepala dengan towel dan hadapkan muka betul-betul di atas baldi tadi.
Setelah 10 ke 15 minit, hembus hidung perlahan-lahan.
Boleh cuba pas ni
ReplyDelete