Thursday, 10 July 2014

Cerita Duta Seri Emas di Sinar Harian. Felixia: Islam agama mendamaikan!


Felixia Yeap - Duta Seri Emas
Felixia Yeap - Duta Seri Emas
Pasti yang tertanya-tanya siapakah model yang pegang sabun Seri Emas. Beliau adalah Felixia Yeap. Gadis comel berbangsa cina ini telah membuatkan SE International menyunting beliau sebagai duta produk sulung Seri Emas iaitu sabun resdung Seri Emas.

Felixia Yeap dilahirkan di Kuala Lumpur dan dibesarkan di Ipoh, Perak. Sebelum kerjaya peragaan, dia bekerja sebagai guru tadika. Yeap bermula kerjayanya sebagai model pada tahun 2005 selepas Menjadi finalis Dewi Remaja.


Disember 2013, beliau telah menggayakan tudung, mencetuskan kontroversi di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

Kini Felixia Yeap tampil lebih manis dan menjadi duta seri emas yang pertama. Tahniah!

Raih publisiti murahan?

Begitu pun. dalam keseronokan berkongsi cerita mengenai penghijrahannya, ada pula kata-kata kurang manis yang semakin hangat diperkatakan. Perubahan yang dilakukan Felixia menjadi kontroversi hangat di media sosial sehingga menyebabkan dirinya dikecam hebat oleh orang ramai.

Tidak cukup dengan itu, ada juga sesetengah pihak yang menganggap Felixia sengaja meraih publisiti murahan.
Ketika di tebak akan hal tersebut, Felixia memberitahu dia tidak kisah dengan apa yang difikirkan atau diperkatakan orang sebaliknya menerimanya dengan positif.

"Jika saya terlalu mudah terasa atau mengambil kisah karenah manusia yang sebegitu, semestinya saya tidak dapat beristiqamah sehingga ke hari ini. "Saya hanyalah seorang manusia biasa, punyai masa silam yang kurang baik, tetapi bagi saya, apa yang penting adalah saya ingin ke arah yang lebih baik dan mencari makna kehidupan di dunia dan akhirat. "Setiap publisiti dan populariti hanyalah bonus rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT dan saya sangat mensyukurinya," katanya yang pernah berlakon dalam drama Nikah Kita Bercinta, Sarafina dan Berikan Aku Jilbab.

Dalam perkembangan lain, Felixia memberitahu, sempena Ramadan ini, dia berehat seketika daripada kegiatan aktiviti seni.

"Bulan ini, saya lebih fokus untuk mempelajari dan mendalami Islam. "Tetapi, saya masih aktif dalam menerima tawaran untuk menjadi duta produk," kata duta sabun Seri Emas dan butik Neng Geulis ini.

Baca Kisah selanjutnya di Sinar Harian